Monday, January 7, 2013
Friday, February 3, 2012
MINDS: HIDUP ITU INDAH
Hidup itu indah, jika ia dinilai dari sudut pandang yang positif dan tetapi jika kita melihatnya dari sudut pandang yang negatif setiap apa yang kita lakukan, akan terasa pahit dan menyesakkan dada. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita berfikir, mengapa kita harus terus bersedih di atas kehilangan orang yang kita sayang tanamkan didalam minda ini adalah ketentuan dari Allah s.w.t dan ini adalah yang terbaik yang Allah berikan untuk kita dan dia.Fikiran manusia terbatas, mungkin kita rasa dia yang terbaik untuk kita tapi sebenarnya adalah sebaliknya.
Mengapa kita harus tidur berendamkan air mata? bangun dan terus bangkitlah dari kesedihan itu kerana kehidupan adalah untuk hari ini bukan untuk hari semalam yang sudah menjadi sejarah. Allah tidak menduga kita diluar kemampuan kita.Saya percaya setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini pernah melukai dan dilukai. Bagi yang pernah melukai insan disekeliling anda, mohonlah kemaafan dari insan yang pernah anda lukai,mungkin kerana dia anda terasa kesempitan di dunia ini dan bagi yang pernah dilukai maafkanlah mereka, anda akan rasa ketenangan dan kelapangan hadiah daripada yang maha pencipta.
cukup disini kata-kata pembukaan bagi blog kecil ini...Marilah kita jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam
~sunshine~

Labels:
MIND